Posted by : m.alif@programmer.net Sabtu, 13 April 2013

Ilmu paling utama adalah mengenal ALLAH dan RasulNya…
Dewasa kini ramai yang seolah-olah meremehkan ilmu mengenal ALLAH dan Rasul, kononnya kerana itu adalah ilmu bagi kanak-kanak sahaja sedangkan dirinya sendiri tidak mengetahuinya, malangnya dia merasakan dirinya di atas rupa-rupanya masih ketinggalan di bawah.
ALLAH telah berfirman di dalam surah Muhammad ayat 19 yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH.” Di dalam ayat ini merupakan satu perintah agar mempelajari ilmu tauhid iaitu mengenal ALLAH.
Rasulullah pernah ditanya: Apakah amalan yang paling terbaik? Baginda menjawab: “Iman kepada ALLAH dan RasulNya.”, riwayat Bukhari. Ini kerana amalan-amalan soleh tidak akan diterima sama sekali oleh ALLAH tanpa beriman kepada ALLAH dan RasulNya.
Imam Ghazali pernah berkata: “Tidak sah ibadah seseorang itu kecuali selepas dia mengenal Tuhan yang berhak di sembah.” Ini bererti bahawa sesiapa yang bukan hanya tidak mengenal ALLAH bahkan menyamakan dan menyerupakan ALLAH dengan makhlukNya seperti mengatakan ALLAH itu adalah cahaya lampu atau mengatakan ALLAH duduk di atas arash atau mengatakan salah-satu sifatNya adalah sama seperti makhluk maka orang yang sebegini dia telah menyembah sesuatu yang dia khayal maka di kira musyrik.
Diriwayat oleh Ibnu Majah bahawa seorang sahabat Jundub Bin Abdullah telah menyatakan, “Ketika kami kecil, kami mempelajari keimanan dahulu sebelum mempelajari Al-Quran, kemudian kami baru mempelajari Al-Quran maka bertambahlah iman kami.”
Imam Baihaqi dalam Manaqib Assyafie meriwayatkan dari Imam Syafie bahawa telah mengatakan: “Kami mendahului ilmu tauhid dahulu sebelum ilmu fekah”.
Berkata pula Imam Abu Hanifah: “Ketahuilah sesungguhnya mendalami ilmu tauhid lebih afdhal dari mendalami ilmu hukum-hakam.” Ini tidak bermakna ilmu hukum-hakam tidak perlu dipelajari akan tetapi kata-kata Imam Abu Hanifah menerangkan bahawa ilmu tauhid teramatlah penting.
Telah berkata imam kita Imam Abu Hasan Al-Ash’ary: “Perkara pertama wajib dipelajari oleh seorang hamba itu adalah ilmu mengenal ALLAH, Rasul dan AgamaNya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

linx sahabat

Diberdayakan Oleh ALP. Diberdayakan oleh Blogger.

Top Read

Followers

PROFIL

Foto saya
Assalamu'alaikum sob, Gue bisa dibilang sedikit absurd disini.. tetapi mudah2an disini dengan ada nya lo, lo bisa makin gaul dan berbasa basi dengan gue *Plak*

Pencarian

- Copyright © 2013 Akatsuki Sasori V.1- Powered by Johanes Djogan - Original by Nurilhuda - Design by V-C [ Vianz-Cyber4rt ] -